Home » » SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Written By Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D on Sabtu, 4 September 2010 | 9:34 PTG


Anugerah Agung Spiritual Development Centre memperkenalkan kepada Rakyat Malaysia suatu seni penyembuhan Saintifik berasaskan Energi Kehidupan(Ilmu Sains Tenaga Hayat).Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D yang merupakan Pengasas kepada kaedah pengubatan Anugerah Agung Nurul Haq Al-Hayat Therapy telah menggabungkan beberapa kaedah pernafasan khusus dan istimewa,meditasi zikir, amalan,latihan Mind Power Penyembuhan,kaedah konsentrasi,pengaktifan Tenaga Dalam Haq Anugerah Agung khusus untuk Penyembuhan,Transfer Energi Nurul Haq Al Hayat Anugerah Agung untuk ikhtiar mempercepatkan proses penyembuhan dilengkapi dengan olah nafas kesihatan / jurus pembangkitan tenaga dalam dan shaktivat Inti Energi.


LIVE BASIC&ADVANCED ANUGERAH AGUNG ULTIMATE QUANTUM TOUCH WORKSHOP

Apakah anda ingin :

* Hidup sihat dan selaras dan harmonis
* Menjadi seorang perawat yang profesional dan handal
* Bermanfaat bagi diri sendiri, keluarga dan orang lain
* mempunyai masalah berkaitan tulang anda (osteoporosis atau scoliosis )

Sedang mengalami masalah:

* Keyakinan/Percaya diri dan berprestasi
* Darah tinggi
* Keluhan fizik.

Marilah bergabung bersama kami di Anugerah Agung Ultimate Quantum Touch untuk bersama-sama menikmati kehidupan yang sihat dan bahagia dengan method Terapi Nurul Haq Al-Hayat Anugerah Agung kami menghantarkan anda menjadi seorang perawa yang handal dan ampuh untuk diri sendiri, keluarga dan orang lain yang memerlukan.
Anugerah Agung Ultimate Quantum Touch merupakan sebuah method pemberdayaan energi tubuh yang membuat penyelarasan antara tubuh, emosi dan fikiran.

Penyebab gangguan fizikal dan emosi dapat disebabkan adanya gangguan energi tubuh. Sehingga dengan penyelarasan pada energi tubuh akan dapat menyeleraskan ketiga unsur utama iaitu tubuh, emosi dan fikiran dengan demikian akan membuat anda menjadi lebih sihat lahir batin, dan selalu merasa bahagia.

Anugerah Agung Ultimate Quantum Touch adalah metode self healing yang tidak berhubungan dengan perbomohan, supernatural, bantuan jin atau sebangsanya , tetapi benar-benar berdasarkan ilmu pengetahuan yang dapat dipertanggungjawapkan secara ilmiah.

Hak anda untuk memilih hidup Bahagia, Sihat dengan Sentuhan Cinta penuh keikhlasan dan rasa Syukur yang tak terhingga.

Renungkanlah sejenak akan 3 perkara berikut ini dalam hidup Anda.

Adakah Anda bersetuju bahawa umumnya masalah dan kualiti hidup kita tercermin dalam keseharian pada ketiga aspek ini?

• Kesihatan & Penampilan
• Karier, Rezeki, dan Sukses
• Cinta & Hubungan Peribadi

Berikutnya, apakah senario berikut ini pernah Anda alami atau renungkan?

• Tenteram dan sihat itu tak ternilai harganya.
Mungkin waktu ini Anda sihat, penuh semangat dan sukses dalam hidup. Tiba-tiba seseorang kerabat atau rakan yang dekat mengalami masalah yang besar atau mungkin mengidap penyakit yang sukar disembuhkan, dan tiba-tiba Anda menyedari bahawa kesihatan dan ketenteraman adalah harta sejati yang harganya tak dapat dibandingkan dengan apapun.

• Memelihara kesihatan seutuhnya paling baik dengan cara alami.
Anda sebenarnya tahu bahawa hidup ini perlu selaras dengan alam. Namun ketika stress perlahan-lahan bertumpuk dan mulai menghasilkan masalah tidur, mudah letih bahkan sakit serta turunnya fungsi organ, Anda merasa terpaksa minum ubat, yang tidak selamanya bersifat menyembuhkan, kerana Anda tidak tahu bagaimana memelihara kesihatan dan ketenteraman yang alami dan praktikal.

• Sukses & pencapaian belum tentu menghasilkan kebahagiaan.
Pernahkah Anda merenungkan bahawa betapa banyaknya pencapaian dan keberhasilan dalam hidup yang kita perjuangkan, seringkali tidak membawa kelegaan, kedamaian dan kebahagiaan yang sebenarnya merupakan tujuan utama dari segala jerih payah kita?

• Kecerdasan otak & ilmu pengetahuan saja belum cukup untuk mencapai tenteram & sihat.
Tidak kira berapa banyak ilmu pengetahuan yang sudah kita gali, ketika Anda terjun ke dalam “permainan” dalam hidup ini, Anda semakin sedar bahawa mengelola hati yang damai, serta jiwa yang ikhlas dan bersyukur sangatlah penting, dan kemahiran ini tidak mamp dipelajari secara intelektual, namun perlu diasah sebagai bentuk kecerdasan emosional dan spiritual yang praktikal.

Jika salah satu atau bahkan semua senario diatas bermakna benar bagi Anda, maka Anda tiba di tempat yang tepat,iaitu Anugerah Agung Ultimate Quantum Touch.

Kami di Anugerah Agung Spiritual Development Centre memfokuskan pelayanan pada MANUSIA, bukan latar belakang mahupun profesi Anda. Berdasarkan pengalaman dan pengamatan kami, bilamana kita mampu melihat dengan dalam dan cermat, memelihara ketenteraman dan kesihatan seutuhnya adalah KETERAMPILAN DASAR ALAMI untuk dapat hidup dengan ringan, ikhlas dan selaras. Oleh kerana itu, kualiti dari semua bidang kehidupan diatas pun dapat dikembangkan dengan kembali pada prinsip & keterampilan hidup yang sederhana, praktikal dan bijaksana.

Pada umumnya, peserta kami bahagikan menjadi beberapa kategori :

• Individu Dewasa :
Siapapun individu dewasa (umumnya pada rentang usia 20-65 tahun) dari kalangan profesional kerja, eksekutif, ibu rumah tangga, para orangtua, mahasiswa, guru, ahli terapi, doktor,ahli psikologi, pekerja seni, mahupun profesi lainnya, yang ingin memelihara ketenteraman dan kesihatan seutuhnya.

• Syarikat/Company/Organisasi/Bisnes/Perniagaan :
Syarikat/Company/Organisasi yang faham benar bahawa kualiti dan keberhasilan sesebuah perniagaan sebenarnya bertumpu pada manusia individu, dan perubahan sejati hanya boleh dirintis dengan membantu para individunya untuk lebih tenteram & bahagia, ikhlas, sihat dan selaras.

• Masyarakat Umum :
Kami juga rutin memberikan edukasi dan informasi dalam bentuk seminar, talkshow, tulisan mahupun wawancara di media, tentang kesihatan holistik, sukses & kebahagiaan serta spiritualiti dalam keseharian.
Selanjutnya, Anda boleh mempelajari bagaimana kami dapat membantu Anda untuk menjadi penyembuh terbaik bagi diri Anda sendiri, dan bersiap untuk menerima keajaiban alamiah dalam diri Anda.
Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. ANUGERAH AGUNG ULTIMATE QUANTUM TOUCH - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger