Home » » INFO PENGETAHUAN

INFO PENGETAHUAN

Written By Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D on Ahad, 5 September 2010 | 2:04 PG


TEKNIK PENGOLAHAN NAFAS

Bernafas adalah keperluan utama bagi kehidupan manusia. seseorang boleh bertahan tidak makan dan minum selama beberapa hari, namun tidak ada yang mampu bertahan hidup tanpa bernafas selama itu. Seorang yang tidak terlatih hanya boleh bertahan tidak bernafas antara 30 s/d 60 second, sementara orang yang terlatih boleh lebih dari itu. Ada yang sanggup menahan napas antara 1 sampai 5 minit, contohnya seperti para penyelam alami yang biasa menyelam dilautan tanpa alat bantuan pernafasan.

Keperluan oksigen didalam darah, pembuluh syaraf dan otak dipenuhi dengan cara bernafas. Darah menyerap oksigen dari udara yang dihirup dan masuk kedalam paru paru. Darah membawa oksigen tersebut keseluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Terhentinya aliran darah ke jantung atau otak akibat penyumbatan atau penggumpalan darah dapat mengakibatkan kematian mendadak kerana jantung atau otak tidak dapat memenuhi keperluan oksigennya.

Bernafas menjadi sangat penting bagi kehidupan manusia, namun banyak orang yang tidak memperhatikan cara bernafas yang baik, efisien dan benar. Dalam kehidupan sehari hari kebanyakan manusia hanya menggunakan 20-30% dari kapasiti paru parunya untuk bernafas. Perhatikan cara bernafas anda sehari hari, anda hanya bernafas pendek-pendek tidak menggunakan kemampuan paru paru anda secara maksimum. Cara bernafas seperti ini mengakibatkan paru paru tidak bekerja maksimum. Sebahagian besar kapasiti paru paru tidak terpakai. Satu ketika mungkin anda pernah menarik nafas dalam dan memenuhi paru paru anda dengan udara ,selanjutnya anda bernafas seperti biasa lagi ( napas pendek), didalam paru paru anda akan tertinggal udara sisa yang pada akhirnya akan menjadi udara basi yang dapat merosak sel paru-paru anda.

Bahagian paru paru yang jarang digunakan lama kelamaan menjadi rosak dan tidak mampu lagi mensuplai oksigen kedalam darah. Nafas menjadi sesak dan pendek, badan menjadi cepat lelah, suplai oksigen keseluruh bahagian tubuh jadi berkurang. Akibatnya tubuh menjadi lemah dan berisiko terhadap berbagai penyakit. Orang yang tidak melatih cara bernafas dengan baik dan benar pada usia diatas 40 tahun keadaan tubuhnya semakin buruk dan mudah dihinggapi berbagai penyakit. Kerana itu perhatikanlah cara bernafas anda, latihlah pernafasan anda dengan mengikuti berbagai olah raga.

Banyak olah raga yang dapat meningkatkan kapasiti paru paru dan aliran oksigen didalam darah seperti olah raga aerobic, senam, dan olah raga pernafasan seperti Silat,Tenaga Dalam,Qigong dan lain lain. Olah raga tersebut diatas saat ini berkembang pesat dan berada di mana mana pilihlah salah satu yang sesuai dengan selera anda. Pernafasan yang baik dan benar akan menjadikan tubuh sihat dan segar, tidak mudah diserang berbagai penyakit. Dengan badan yang sihat dan segar anda dapat melindungi diri dari pengeluaran kos pengubatan berbagai penyakit yang sangat mahal.

Olah Nafas dan Kesihatan

Olah nafas boleh dilakukan oleh siapa saja tanpa memandang usia, dengan olah nafas kita boleh menjadi doktor bagi diri kita sendiri. Beberapa penyakit rutin seperti flu, batuk, dan masuk angin dapat sembuh tanpa ubat dan sulit untuk berulang lagi. Taraf kesihatan tubuh meningkat yang ditandai dengan meningkatnya kesegaran tubuh dan tenaga fizik. Stress hilang, fizik dan mental menjadi lebih rileks, lebih sabar, tenang, mudah mengendalikan emosi dan mudah berkonsentrasi. Ghairah seksual meningkat, daya tahan terhadap berbagai penyakit meningkat, metabolisme tubuh membaik, kadar kolesterol dan gula darah menjadi normal dan pada tingkat selanjutnya mampu mengatasi tekanan darah rendah atau tinggi.

Sistem pernafasan yang buruk menyebabkan tubuh menjadi lemah dan mudah terdedah terhadap berbagai penyakit. Seluruh organ tubuh tidak bekerja dengan baik sehingga menimbulkan ketidakselarasan dan ketidak harmonisan pada sistem tubuh. Jika tidak segera diperbaiki dalam jangka panjang hal tersebut dapat menyebabkan kekacauan pada metabolism tubuh dan berlanjut dengan timbulnya berbagai kerosakan pada organ tubuh. Pada usia pertengahan berbagai penyakit mulai datang menyerang, kolesterol tinggi, diabetes, tekanan darah tinggi atau rendah, ghout, cepat lelah, sering pusing, mudah terkena penyakit harian seperti flu, batuk, masuk angin. Menurunnya daya tahan tubuh menyebabkan banyak pekerjaan yang tidak mampu diselesaikan dengan baik. Emosi juga jadi tidak stabil mudah marah, kecewa, dan stress.

Teknik pengolahan nafas yang sihat

Sejak ribuan tahun berbagai perguruan silat dan seni beladiri didunia, guru meditasi, guru pernafasan India dan China telah mengenalkan teknik pernapasan yang baik kepada para muridnya. Teknik pernafasan tersebut terus dikembangkan dan dipelajari banyak orang hingga saat ini. Di Malaysia berkembang teknik seni pernafasan yang fokus pada peningkatan kesihatan juga pada beberapa perguruan silat dan seni bela diri, olah nafas digunakan untuk membangkitkan kekuatan tenaga dalam, hingga mampu memecahkan benda keras seperti blok ais, tumpukan bata, besi kikir, blok kayu hanya dengan sekali pukulan tangan saja, serta mampu menahan tusukan benda tajam atau pukulan benda keras.


Kalau zaman dahulu olah nafas ini cenderung digunakan untuk meningkatkan kekuatan tenaga dalam oleh para pendekar dan pesilat untuk membela diri atau bertarung mengalahkan musuh. Dengan adanya perubahan zaman dimana dewasa ini orang lebih menyukai teknik pengolahan nafas digunakan untuk meningkatkan kesihatan dan kesegaran tubuh atau terpulang kepada niat masing-masing samada belajar pernafasan untuk beladiri,menjaga kesihatan atau kedua-duanya. Secara umum kita mengenal 4 macam cara bernafas, iaitu pernapasan perut, pernapasan dada, pernapasan bahu dan pernafasan sempurna atau gabungan.

PERHATIAN:
Penulisan dibawah ini sekadar untuk pengetahuan,bukan untuk dipraktikalkan,untuk mempelajari pernafasan yang betul,hendaklah belajar dari mereka yang benar-benar berpengalaman dalam bidang olah nafas.

AMARAN KERAS:

Hendaklah mengambil serius dengan mempelajari ilmu pernafasan dari Master/Grand Master yang benar-benar menguasai pernafasan,jangan belajar dari buku,penerangan dari buku hanya ringkasan sahaja,kaedah pernafasan yang tepat dan betul tidak semudah membaca buku melainkan dengan bimbingan yang benar dan mendalam cara melakukan pernafasan dengan betul dan tepat,jangan main-main dengan pernafasan,silap melakukan pernafasan menyebabkan pembuluh darah pecah dan boleh mengakibatkan kematian!!!

Pernapasan perut

Duduk tegak sambil bersila atau duduk tegak diatas kerusi dengan kedua kaki terjuntai menyentuh lantai, kedua tangan diletakan diatas lutut. Tarik nafas sedalam mungkin hingga memenuhi rongga paru paru. Perhatikan perut anda saat bernafas. Ketika menarik nafas, perut akan menggembung dan saat menghembuskan napas, perut mengempis. Kebiasaan yang sering dilakukan tanpa kita sedari adalah ketika menarik nafas justeru perut mengempis dan sebaliknya pada saat menghembuskan nafas perut menggembung. Lakukan pernafasan perut ini beberapa kali hingga anda terbiasa.

Lakukan penarikan nafas dengan perlahan dan panjang dan hembuskan dengan cara perlahan dan panjang pula sampai beberapa kali. Kemudian lakukan pula penarikan dan penghembusan nafas dengan cara yang agak cepat, beberapa kali.

Ketika baru mulai mungkin anda akan merasa janggal kerana anda tidak terbiasa dengan cara bernafas seperti ini, tanpa anda sedari selama ini anda telah bernafas dengan cara yang keliru. Perhatikan anak bayi, mereka bernafas dengan pernapasan perut, ketika menarik nafas perut menggembung dan ketika menghembuskan napas perut mengempis. Itulah pernafasan yang baik, namun entah bagaimana setelah dewasa cara seperti itu pelan - pelan ditinggalkan.

Pernafasan Dada

Caranya sama seperti diatas, hanya perhatian anda diarahkan kearah dada. Pada saat menarik nafas, dada dikembangkan dan saat menghembuskan nafas perut dikempiskan. Ulang cara bernafas seperti ini hingga beberapa kali hingga anda merasa biasa. Tanpa disedari sebenarnya kebanyakan orang bernafas dengan cara seperti ini, hanya saja dilakukan dengan menarik dan menghembuskan nafas secara pendek dan cepat.

Pernafasan Bahu

Cara dan sikap duduk sama seperti pernafasan perut dan dada, hanya perhatian anda diarahkan kearah bahu. Saat menarik nafas bawalah udara sampai kebahagian bahu atau dada bahagian atas, sehingga bahu akan naik. Saat menghembuskan nafas bahu diturunkan kembali keposisi biasa. Lakukan cara bernafas seperti ini hingga anda merasa biasa.

Pernafasan gabungan atau sempurna

Pada pernafasan perut ada kelemahan iaitu udara hanya memenuhi bahagian bawah dari paru paru sedangkan bahagian atas masih kosong. Sebaliknya pada pernafasan dada atau bahu udara hanya memenuhi bahagian atas paru paru sedang bahagian bawahnya masih kosong. Agar udara masuk dengan sempurna dan memenuhi seluruh ruang didalam paru paru maka dilakukanlah pernafasan gabungan iaitu dengan menggabungkan teknik pernapasan perut, dada dan bahu sekaligus pada saat bersamaan .

Ambil sikap duduk seperti ketiga cara pernafasan diatas. Tarik nafas sedalam mungkin dimulai dengan menggembungkan perut, kemudian dada dikembangkan dan pundak diangkat keatas. Kemudian hembuskan napas dimulai dengan mengempiskan perut dilanjutkan dengan menurunkan dada dan bahu. Ketika menarik nafas anda akan merasakan bahawa seluruh ruang paru-paru anda dipenuhi oleh udara, dan sebaliknya ketika menghembuskan nafas paru - paru anda akan dikosongkan dengan sempurna.

Inilah cara bernafas yang baik dan sempurna, lakukan ini dengan berulang-ulang hinga anda merasa biasa. Lakukan penarikan dan penghembusan nafas secara perlahan dan panjang beberapa kali. Kemudian lakukan pula hal yang sama untuk penarikan dan menghembuskan nafas secara cepat.

Tempo menarik dan menghembuskan nafas

Agar energi yang didapat dari bernafas biar betul- betul maksimum, diperlukan kontak yang baik dan sempurna antara darah dengan oksigen yang masuk kedalam paru paru. Dalam teknik olah nafas kita mengenal pernafasan berulang atau berkesinambungan dan pernafasan terputus. Pada pernafasan berulang, menarik dan menghembuskan nafas dilakukan secara terus menerus dan berkesinambungan tidak boleh terhenti oleh penahanan nafas.

Pernafasan ulang ini biasa di temukan pada olah raga pernafasan Thai chi dan Meditasi. Nafas ditarik dan dihembuskan dengan halus dan perlahan, sehingga kontak antara darah dan oksigen diparu paru dapat berlangsung dengan sempurna.

Sebaliknya pada pernafasan terputus, antara menarik dan menghembuskan nafas diselangi dengan waktu menahan nafas. Menahan nafas dilakukan pada saat paru paru telah dipenuhi udara atau pada saat udara didalam paru paru telah kosong sempurna.

Nafas ditarik dengan halus dan perlahan selama beberapa hitungan hingga udara memenuhi seluruh ruangan paru paru, kemudian ditahan selama beberapa hitungan, selanjutnya dihembuskan dengan halus dan perlahan selama beberapa hitungan, dan ditahan dalam keadaan paru paru kosong selama beberapa hitungan pula, demikian selanjutnya kembali pada penarikan nafas seperti semula. Lama penahanan nafas biasanya separuh waktu yang digunakan untuk menarik dan menghembuskan nafas.

Misalnya menarik dan menghembuskan nafas selama 10 hitungan maka lama menahan nafas adalah selama 5 hitungan. Cara seperti ini biasa dilakukan pada latihan meditasi dan silat untuk membangkitkan tenaga dalam.

Manfaat penahanan nafas

Betapapun banyaknya udara yang dihirup oleh paru paru jika sel Hb didalam darah jumlahnya kurang, maka kemampuan darah untuk menyerap oksigen dan menyalurkannya keseluruh bahagian tubuh juga akan berkurang. Disamping meningkatkan kemampuan paru-paru menghirup udara dari luar, jumlah Hb dalam darah juga perlu ditingkatkan. Peningkatan jumlah Hb dalam darah dapat dilakukan dengan teknik penahanan nafas. Dengan menahan nafas ketika paru- paru dipenuhi udara mahupun kosong mengakibatkan proses pengambilan oksigen oleh darah terhenti, sehingga terjadi kekurangan oksigen didalam darah. Keadaan ini merangsang darah untuk membentuk lebih banyak sel Hb, sehingga ketika menarik nafas oksigen yang diserap oleh darah jumlahnyapun meningkat, demikian pula pada waktu membuang nafas jumlah co2 yang dibuang juga lebih banyak

Penahanan nafas juga akan menyebabkan berkurangnya jumlah oksigen dalam jaringan tubuh, yang menyebabkan meningkatkan keasaman jaringan tubuh. Cairan jaringan yang asam ini merangsang pembuluh pembuluh kapiler dan pembuluh darah untuk melebar sehingga jumlah darah yang mengalir lebih banyak. Pelebaran pembuluh darah berpengaruh terhadap tekanan darah iaitu memperkecil hambatan terhadap aliran darah, sehingga tekanan darah cenderung menjadi normal.

Penahanan nafas juga membantu meningkatkan daya konsentrasi, dan menstabilkan emosi. Fikiran dan emosi terasa lebih mantap dan mudah berkonsentrasi pada saat melakukan penahanan nafas. Cuba perhatikan, ketika anda memasukkan hujung benang kelubang jarum jahit, anda dapat lebih mudah memasukkan benang tersebut dengan menahan nafas dibandingkan jika anda tidak menahan nafas. Pada latihan meditasi penahanan nafas sangat membantu dalam meningkatkan konsentrasi. Penahanan nafas boleh dilakukan dua kali iaitu pada saat udara penuh dan kosong atau hanya satu kali, dipilih salah satu pada saat udara penuh atau kosong saja . Penahan nafas dua kali disebut pernapasan segiempat, sedangkan penahanan nafas satu kali disebut pernafasan segitiga. Untuk pemula biasanya dipilih pernapasan segitiga, kerana saat yang berat dirasakan adalah pada saat menahan nafas.

Olah nafas dan Meditasi

Meditasi bukanlah ritual keagamaan tertentu ataupun pemujaan. Meditasi juga bukanlah menarik energi atau kekuatan dari makhluk ghaib ataupun sarana berkomunikasi atau berhubungan dengan semacam jin atau setan. Meditasi sama sekali tidak ada hubungannya dengan “klenik” atau pun ilmu-ilmu perdukunan lainnya. Meditasi berasal dari bahasa latin iaitu meditari (berpikir) dan mederi (menyembuhkan). Pada prinsipnya meditasi adalah kegiatan untuk memasuki alam bawah sedar kita. Pada saat kita menyelami fikiran bawah sedar kita mengalami proses peningkatan kesedaran. Semakin dalam menyelam, kita akan dapat mencapai puncak kehidupan spiritual. Di situ kita mampu menemukan tujuan hidup kita yang sebenarnya. Namun, kita mempunyai kebebasan untuk menentukan sampai sejauh mana kita akan menyelami fikiran bawah sedar itu. Yang pasti, semakin dalam kita memasuki fikiran bawah sedar, kesunyian dan keheningan akan semakin kita rasakan. Selain itu, energi yang kita miliki pun akan semakin besar dan kekuatannya semakin meningkat.

Meditasi biasanya dilakukan dengan memusatkan perhatian pada objek tertentu, misalnya dengan memandang lilin, bahagian tengah hidung atau merasakan denyut nadi, jantung, dan lain sebagainya. Selama meditasi nafas dilakukan dengan halus dan perlahan, perhatian tidak lepas dari titik fokus. Meditasi boleh juga dilakukan dengan mengkonsentrasikan perhatian dan fikiran pada bacaan do’a, kalimat zikir atau bacaan Qur’an. Pernafasan meditasi boleh menggunakan pernafasan berirama, atau pernafasan terputus dengan pola pernafasan segi empat atau segitiga. Belajar meditasi merupakan bahagian dari latihan mengendalikan fikiran. Meditasi adalah latihan konsentrasi yang dapat digunakan untuk mempertajam fikiran dan meningkatkan kepekaan terhadap suasana sekitar.

Kita mengenal dua macam meditasi, iaitu meditasi diam dan meditasi bergerak. Meditasi diam yang dilakukan dengan berbagai sikap duduk seperti pada meditasi, tafakur, atau pada perguruan seni beladiri, sedangkan meditasi bergerak dilakukan dengan berbagai jurus dan gerak, contohnya seperti pada Thai Chi dan pada beberapa perguruan seni bela diri. Sebenarnya dalam Islam kita juga dapat menemui meditasi diam dan bergerak ini, contohnya kegiatan tahanuts, I’tikaf, tafakur ini boleh dimasukan pada kategori meditasi diam, sedangkan sholat boleh dikategorikan pada meditasi bergerak.

Olah nafas dan tenaga dalam

Pada beberapa perguruan silat dan seni bela diri penggabungan teknik jurus dan olah nafas digunakan untuk membangkitkan dan meningkatkan kemampuan tenaga dalam serta kepekaan, sehingga mampu memecahkan benda keras seperti blok ais, blok kayu, gagang pompa dragon dan lain sebagainya serta mampu mendeteksi keberadaan benda disekitarnya dengan mata tertutup. Kita kenal beberapa perguruan silat dan seni beladiri di Negara kita yang menggunakan teknik jurus dan pengolahan nafas untuk membangkitkan tenaga dalam.

Penggabungan teknik jurus dan olah nafas memberi kekuatan energi hidup pada setiap sel tubuh sehingga mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap benturan benda keras. Disamping itu setiap sel tubuh juga akan memancarkan energi biomagnetik, kerana jumlahnya yang sangat banyak, energi tersebut akan memancar disekitar tubuh merupakan perisai magnetik yang dapat melindungi diri dari berbagai serangan. Energi biomagnetik yang memancar disekitar tubuh itu akan bekerja secara automatic jika ada kekuatan emosi negatif yang menyerang. Perlindungan perisai magnetik ini sering diperagakan oleh perguruan beladiri dan ini merupakan daya tarik tersendiri bagi peminat untuk memasuki perguruan seni beladiri tersebut.

Olah Nafas dan sholat Khusyuk

Pengaturan nafas dalam sholat memang tidak lazim dilakukan. Umumnya umat Islam belajar sholat sejak masa kanak-kanak hanya diajarkan tata cara gerak sholat dan bacaan yang harus dibaca pada setiap gerakan. Sebahagian besar umat Islam mengerjakan sholat hanya sebagai kegiatan rutin yang merupakan kewajiban, tanpa memahami manfaat dan kekuatan yang tersembunyi dalam kegiatan sholat tersebut. Jika dilakukan dengan tepat dan benar sebenarnya kegiatan sholat mirip dengan meditasi bergerak. Kegiatan sholat yang benar juga mampu meningkatkan energi pada setiap sel tubuh dan membangkitkan medan biomagnetik disekitar tubuh, yang dapat melindungi yang bersangkutan dari serangan energi negatif.

Dengan pengaturan nafas yang tepat dan benar serta memahami setiap kalimat yang dibaca dalam sholat akan didapat mencapai khusyuk. Ucapan, fikiran dan perasaan menyatu dalam makna kalimat (ayat) yang diucapkan dalam sholat. Konsentrasi terpusat pada setiap kalimat yang dibaca dalam sholat tersebut, sehingga dicapai kekhusyukan dalam solat. Pengolahan nafas yang tepat dan benar dapat mencegah pelaku sholat dari gerakan yang terburu- buru, sholat dilakukan dengan tu’maninah dan khusyuk. Teknik pengaturan nafas dalam sholat ini dapat anda temukan diblog ini pada tulisan ”

Mencapai sholat khusyuk”

Olah nafas dan membaca Qur’an

Pengaturan dan pengendalian nafas juga terdapat pada saat membaca Qur’an. Pengaturan napas diatur dalam hukum tajwid bacaan Qur’an. Bacaan Qur’an dilakukan dengan sekali tarikan nafas dan hanya boleh berhenti pada tempat yang telah ditentukan (waqaf). Jika terputus ditengah jalan boleh berhenti pada tempat yang tidak mengubah makna dan bacaan harus diulang kembali mulai dari beberapa kata sebelumnya.
Membaca Qur’an disamping mengandung aspek olah nafas juga mengandung aspek meditasi. Kegiatan membaca Qur’an boleh dimasukan kategori meditasi diam ketika dilakukan sambil duduk dan meditasi bergerak ketika dilakukan dalam sholat. Membaca Qur’an dengan tajwid dan makhraj yang tepat dan benar mempunyai efek sama seperti melakukan olah nafas . Kerana itu membaca Qur’an merupakan ubat yang dapat menenangkan hati, fikiran dan memperbaiki metabolisme tubuh.

Latihan Teknik pernafasan

Olah nafas yang tepat dan benar dapat meningkatkan kebugaran dan kesihatan tubuh. Dewasa ini sudah banyak orang yang melakukan latihan olah nafas untuk mendapat kebugaran dan kesihatan tubuh. Kalau anda berjalan pada waktu pagi pada hari kerja atau di sekitar taman rekreasi pada hari minggu anda akan menemui kelompok orang yang melakukan latihan olah nafas ini. Latihan olah nafas boleh diperolehi dengan mengikuti latihan senam pernafasan. Pada beberapa perguruan silat anda juga akan mendapatkan latihan olah nafas untuk membangkitkan tenaga dalam. Bagi umat Islam dalam membaca Qur’an dengan benar dan tartil atau melakukan sholat khusyuk juga terdapat teknik pengolahan nafas, yang insya Allah juga dapat meningkatkan kesihatan dan kesegaran tubuh.
Share this article :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. ANUGERAH AGUNG ULTIMATE QUANTUM TOUCH - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger